Rumah PPR RM124 Sebulan 2024 Untuk B40

Rumah PPR RM124 sebulan 2024 untuk B40 kini dibuka. Permohonan ini untuk golongan B40. Tujuannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rumah.

Kami kongsikan cara mohon rumah PPR.

Baca juga artikel ini: Jadual Bayaran STR Fasa 4

Rumah PPR RM124 Sebulan 2024 Untuk B40

Permohonan program perumahan rakyat PPR ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu projek sewa PPR dan pemilikan PPR.

Projek Sewa PPR 

Program penyewaan PPR dilancakan bermula Februari 2002 untuk menyewakan rumah ppr kepada golongan berpendapatan rendah dan B40 dengan harga RM124 sebulan.

rumah ppr rm124 sebulan 2024 untuk b40

Ciri Rumah Sewa PPR 2024

  • Bandar besar: unit dari 5 hingga 18 tingkat
  • Pinggir Bandar: Jenis Rumah
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Contoh pembinaan (3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 bilik mandi, 2 bilik air)
  • Kemudahan asas rumah sewa PPR
  • Dewan masyarakat/bilik aktiviti masyarakat
  • surau/ surau]
  • Restoran/ruang komersial
  • tadika
  • Kemudahan untuk orang kurang upaya
  • Taman/kawasan terbuka
  • Bilik sampah

 

Syarat Permohonan

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah kurang daripada RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • dan syarat tambahan yang dikenakan oleh kerajaan negeri

Cara Mohon Rumah PPR 

a) Permohonan secara manual

Bagi mereka yang ingin memohon secara manual, pemohon perlu menghubungi pembangunan dan jabatan program PPR setiap negeri.

b) Memohon secara dalam talian

  • Sila layari laman web rasmi TEDUH: https://teduh.kpkt.gov.my/.
  • Jika anda belum mempunyai akaun SPRN, anda perlu mendaftar dahulu.
  • Selepas mendaftar, klik “Log In” untuk meneruskan permohonan anda.

Leave a Comment