Bantuan barang dapur RM300 B40 dibuka sekarang. Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban penerima.
Kami kongsikan senarai penerima barang dapur RM300.
Baca juga artikel ini: Rumah PPR RM124 Sebulan
Bantuan Barang Dapur RM300 B40 Dibuka
Kerajaan negeri telah memperkenalkan program dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau lebih dikenali sebagai Bingkas. Dalam program ini, pemohon yang layak akan menerima insentif kredit ewallet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.
Tahun lalu saja, lebih kurang 30 ribu keluarga telah mendapat manfaat daripada program ini. Kadar bantuan yang diberikan membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
Tujuan pelaksanaan program ini untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan di bawah RM3,000.
Senarai Penerima Bantuan eWallet RM300
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Golongan B40
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor dan telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
Cara Mohon
Layari laman portal rasmi bantuan – BINGKAS SELANGOR
Dokumen Sokongan Barang Dapur RM300
- Salinan kad pengenalan pemohon atau pasangan
- Salinan kad pengenalan mykid atau surat lahir
- Salinan sijjil kematian/ perceraian atau laporan polis (untuk ibu bapa tunggal)
- Salinan slip gaji / pencen terkini
- Salinan penyata EA atau KWSP
- Pengesahan penyataan pendapatan daripada ketua komuniti
Maklumat
Layari https://bingkasselangor.com/manfaat untuk maklumat lanjut.